Sunday, August 29, 2010

Bahasa Melayu Singkatan

Pengenalan
Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.

Singkatan kata
Secara ringkas, singkatan kata merupakan penyingkatan sesuatu perkataan atau frasa

atau
  • Singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan. Apabila dikaitkan dengan perkataan akan membawa maksud perkataan tertentu yang disingkatkan atau dipendekkan sewaktu menulisnya.  

  • Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang.

Contoh Singkatan
Berikut merupakan singkatan kata atau ungkapan yang sudah diterima umum, sama seperti e.g., dan etc. dalam Bahasa Inggeris. Pada singkatan yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih dipakai hanya satu tanda titik.


Singkatan Umum
Kata Singkatan
Maksud
b.p.
bagi pihak
d.a.
dengan alamat/di alamat
dst.
dan seterusnya
dll.
dan lain lain
hlm.
halaman
tsb.
tersebut
spt.
seperti
s.k.
salinan kepada
u.p.
untuk perhatian
cth.
contohnya



Contoh singkatan pada papan tanda:-
Prt.Jawa-> PARIT JAWA


Pangkat, gelaran , jawatan dan sapaan juga boleh disingkatkan. Contoh contoh perkataan ditunjukkan di bawah.
Kata Singkatan
Maksud
Dr.
Doktor
En.
Encik
Pn.
Puan
Prof.
Profesor
Sdr.
Saudara/Saudari
S.E.
Sarjana Ekonomi
S.S.
Sarjana Sastera
Tn.
Tuan
Hj.
Haji
YAB.
Yang Amat Berhormat
Y.M.
Yang Mulia
Tth.
Yang Terhormat
Kol.
Kolonel

Penggunaan bahasa yang bercampur seperti Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris atau bahasa basahan (dialek) dalam situasi rasmi perlu dihindarkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindar daripada terjadinya satu komunikasi yang akan dianggap sebagai tidak serius.

Contoh:


SINGKATAN SALAH
SINGKATAN BETUL
MAKSUD
U
AWK
AWAK
Y
KNP
KENAPA
CITE
CRT
CERITA
GAK
JG
JUGA






Contoh penggunaan singkatan dalam "SMS":-
yg (yang)  dan utk (untuk)


Penggunaan Simbol Dalam Bahasa Melayu Singkatan :
1.      @   -   atau
2.      &    -   dan
3.      %   -   peratus
4.      >    -   lebih
5.      <   -   kurang
  Emotikon digunakan untuk menunjukkan memek muka atau perasaan pengirim.

1.      :-)   gembira
2.      :-(   sedih
3.      :-*  ciuman
4.      :-ll  marah
Singkatan Perkataan "A'kum"
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "Akum" dalam sms.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesamalah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu menggunakan “shortform” A'kum dalam sms.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran daripada orang Yahudi untuk orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG YANG SESAT'.

Mulai sekarang, jika ada org hantar singkatan "A'kum", kita nasihatlah dia untuk menggunakan "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.




PUNCA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SINGKATAN
 

  •  Ingin cepat untuk menghantar pesanan / mesej
  •  Ruang pesanan yang terhad (SMS)
  •  Budaya atau "trend"  pada satu-satu masa tertentu
  • Menjimatkan masa mengeja sesuatu perkataaan 
  •  Malas untuk mengikut kaedah tatabahasa
  •  Teknologi semasa yang canggih
        - Telefon bimbit dan internet
  • Kebebasan menulis sesuatu dalam ruangan maya/blog

KESAN PENGGUNAAN SINGKATAN BAHASA MELAYU


  • Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang salah
  • Mempengaruhi pelajar apabila ingin menulis
  • Menimbulkan salah faham dalam memahami bahasa singkatan
  • Menjatuhkan martabat Bahasa Melayu dan bangsa itu sendiri
  • Mencemarkan kemuliaan agama dalam sesetengah penggunaan ayat ( Contoh : Akum)
  • Mengundang kepada masalah sosial  


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 

Semua pihak perlu bekerjasama dalam memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah ini.

  • Pengawasan ibu bapa dalam penggunaan Bahasa Melayu di rumah
  • Guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan bahasa rasmi atau tidak rasmi
  •  Individu itu sendiri perlu menanam sifat cintakan Bahasa Melayu
  •  Masyarakat perlu berganding bahu dalam memartabatkan Bahasa Melayu
  • Pihak berwajib melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil berat dan mengambil tindakan terhadap situasi Bahasa Melayu yang semakin serius.
  • Kerajaan perlu mengadakan kempen pengunaan Bahasa Melayu singkatan dengan betul terutamanya dalam kalangan pelajar.



KESIMPULAN 

  • Penggunaan singkatan dan simbol yang baku dalam penulisan khidmat pesanan ringkas, khususnya yang disiarkan dilayar televisyen sangat penting kerana khidmat pesanan ringkas tersebut boleh mempengaruhi pengguna bahasa.
  • Bentuk-bentuk emotikon yang lazim digunakan dan sudah difahami oleh pengguna khidmat pesanan ringkas juga boleh digunakan dalam penulisan khidmat pesanan ringkas.
  • Penggunaan bahasa khidmat pesanan ringkas yang baku juga perlu untuk menunjukkan bahawa maklumat yang disampaikan dalam khidmat pesanan ringkas itu merupakan satu maklumat yang rasmi dan boleh dipertanggungjawabkan.




No comments:

Post a Comment